Permainan Congkak

Permainan Congkak. (foto: folklor.kosabudaya.id)

CONGKAK adalah permainan yang menggunakan kayu bujur berlubang, bisa juga dibuat lubang di atas tanah, dan buahnya dari biji saga, biji getah, kulit lokan, dan lain-lain. Permainan ini biasanya dimainkan di dalam rumah.

Papan congkak biasanya dibuat dari batang kayu besar yang direka bentuk mirip bentuk sebuah perahu nelayan atau ikan belah dua yang ujungnya berukiran kepala burung, singa, angsa atau ular besar. Lubangnya ditebuk di atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak hanya di atas tanah, lubangnya digali dan kemudian diletakkan atau ditanamkan sebelah tempurung kelapa yang telah dikeringkan. Kadang-kadang hanya dilubangkan saja tanpa diletakkan tempurung atau mangkuk lain.

Bacaan Lainnya

Di dalam permainan congkak biasanya terdapat tujuh lubang dalam dua barisan yang saling berhadapan satu sama lain yang disebut “kampong”. Di ujung kampung terdapat sebuah lubang yang lebih besar dan dalam, disebut “rumah”. Keseluruhan lubang yang terdapat pada setiap papan congkak berjumlah 14 buah kampung dan dua buah rumah. Ada juga papan congkak yang berisi sembilan buah kampung dalam satu barisan, namun rumahnya tetap dua.

Sekiranya papan itu mempunyai tujuh kampung dalam satu barisan, maka tujuh buah yang diisikan ke dalam setiap kampung. Begitu juga sekiranya papan itu memiliki sembilan kampung maka diisikan sembilan buah pada setiap kampung, sedangkan rumah dikosongkan.

Setiap permainan congkak memerlukan dua orang pemain yang duduk berhadapan pada papan congkak. Permainan ini dimulai dengan kedua-dua pihak serentak mencapai buah di kampung masing-masing. Setiap pemain boleh mengambil buah kampung yang disukainya mengikuti perkiraan dan kepintaran masing-masing dan kemudian memasukkan sebiji buah pada setiap kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri sampai ke rumah dan ke kampung lawan tetapi tidak di rumah lawan. Gerakan ini terus dilakukan sampai buah terakhir yang ada di tangan masukkan ke dalam kampung kosong dan pemain harus berhenti. Sekiranya buah itu jatuh di kampung sendiri, maka pemain itu boleh “menembak” kampung lawan yang ada di hadapannya dengan mengambil semua buah yang ada di dalam kampung tersebut. Setelah itu, pihak lawan dapat meneruskan permainannya tanpa gangguan hingga buahnya berakhir di kampong kosong. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, maka pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah dari kampungnya. Tetapi sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu “mati” di situ saja dan pihak lawan boleh memulai permainan seterusnya dengan aturan sama.

Setelah putaran pertama tamat, setiap pemain mengisi semula kampung masing-masing dengan buah mengikuti jumlah kampung. Sekiranya ada kampung yang tidak cukup buah, maka semua buah yang ada itu dikembalikan ke dalam rumah dan kampung itu dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada putaran kedua dan begitu juga pada putaran ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah, setelah putaran ketiga tanpa dapat mengatasi pihak lawan untuk mendapatkan semula buah dari kampung lawan.

Pos terkait

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *